Keluarga Kassim Ahmad

Kassim berkahwin dengan Sharifah Fawziah Bt. Syed Yussoff tinggal di Persiran Kulim Golf. Kulim Golf & Country Resort, Kulim, Kedah. Beliau berasal dari Hutang Kampong, Langgar, Kedah. Kassim mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Bandar Baharu, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan Universiti Malaya di Singapura. Beliau kemudian berkerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, di Young Road, Kuala Lumpur dan kemudian ditawarkan menjadi pensyarah di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London. Oleh sebab tarikan politik, beliau menolak tawaran bekerja tetap dengan SOAS. Sekembalinya ke Malaysia, beliau bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Abdullah Munshi, Pulau Pinang sambil aktif dalam Parti Rakyat Malaysia yang diketui oleh Ahmad Boestaman. Selepas peristiwa berdarah Mei 13, beliau bekerja sebagai guru dan penterjemah bebas sehingga belau berpindah ke Kulim pada 31 Ogos 2007.[2]